MENU

SOP ini mengambil kira norma baharu dalam pengendalian perniagaan dan kehidupan seharian. pendekatan yang diambil kerajaan adalah pendekatan seluruh lapisan masyarakat atau whole of society approach. Kaedah pendekatan ini adalah penting bagi memastikan pembukaan semula ekonomi negara ini dapat dilakukan dengan lancar, selamat dan berkesan.

Individu berperanan menjaga diri dan keluarga. Komuniti setempat berperanan memastikan kesejahteraan dan keselamatan di kalangan jiran-jiran. Majikan bertanggungjawab memastikan pekerja dan operasi perniagaan mengamalkan tabiat kebersihan yang tinggi disamping mematuhi SOP.