MENU
TAJUK LAGU LIRIK LAGU
NEGARAKU

* Lirik Lagu Negaraku

Negaraku
Tanah Tumpahnya Darahku,
Rakyat Hidup
Bersatu dan Maju,

Rahmat Bahagia
Tuhan Kurniakan,
Raja Kita
Selamat Bertakhta,

Rahmat Bahagia
Tuhan Kurniakan.
Raja Kita
Selamat Bertakhta

NEGERI SEMBILAN

* Lirik Lagu Negeri Sembilan

Berkatlah Yang di-Pertuan Besar di Negeri Sembilan
Kurniai Sihat Dan Makmur
Kasihi Rakyat Lanjutkan Umur
Akan Berkati Sekalian Yang Setia
Musuhnya Habis Binasa
Berkatlah Yang di-pertuan Besar Di Negeri Sembilan

MAJLIS DAERAH TAMPIN

* Lirik Lagu Rasmi Majlis Daerah Tampin

Bersama Kita Bekerja
Memupuk Semangat Jaya
Bekerja Serta Berjasa
Masyarakat Hidup Selesa

Kebersihan dan Keindahan
Langkah Utama Perjuangan
Membangun Selari Wawasan
Nikmat Hidup Yang Berpanjangan

Majlis Daerah Tampin
Organisasi Yang Terunggul
Berkhidmat Dengan Penuh Yakin
Berbakti Dengan Jujur

Cemerlanglah Budi Kita
Gemilang Organisasi Kita
Di Desa dan Juga Di Kota
Pembangunan Sama Di Rasa