Sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Daerah Tampin mempunyai peranan yang penting bagi memaju dan membangunkan kawasan pentadbirannya antaranya:
-
Menyediakan dan menyelenggara infrastruktur asas dalam kawasan Majlis Daerah Tampin.
-
Merancang, mengawal dan melulus semua projek-projek pembangunan yang dijalankan oleh pihak swasta.
-
Menyelenggara bangunan-bangunan termasuk kemudahan sukan, rekreasi dan taman permainan.
-
Meluluskan pelan-pelan bangunan berdasarkan undang-undang yang dikuatkuasakan.
-
Memberikan perkhidmatan kebersihan dan kesihatan persekitaran untuk keselesaan dan kesejahteraan masyarakat.
-
Menilai pegangan atau harta-harta yang terdapat dalam kawasan Majlis bagi menentukan cukai taksiran.
-
Menjalankan penguatkuasaan berpandukan kepada undang-undang kecil dan akta yang digunapakai.