MENU


Majlis Daerah Tampin telah ditubuhkan pada 1 Julai 1980 , hasil daripada penyusunan semula melalui peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 . Dahulu dikenali sebagai Lembaga Bandaran Tampin. Luas kawasan ialah 50 batu persegi atau 12,949.94 hektar.

Kawasan pentadbiran Majlis Daerah Tampin merangkumi kawasan:

- Bandar Tampin
- Pekan Gemencheh
- Gemencheh Lama
- Gemencheh Baru
- Batang Melaka
- Air Kuning Selatan
- Gedok
- Gemas

Kawasan pentadbiran ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu:-

i. Kawasan Operasi seluas 14.50 batu persegi atau 3,755.47 hektar
ii. Kawasan Luar Operasi atau Kawasan Kawalan seluas 23.25 batu persegi atau 6,021.73 hektar
iii. Kawasan Sepanjang Jalan seluas 12.25 batu persegi atau 3,172.74 hektar

Kawasan-kawasan ini meliputi 14.75 peratus daripada keluasan Daerah Tampin.