Cukai Taksiran dikenakan 2 kali setahun iaitu pada Januari (bayaran sebelum 28 Februari) dan Julai (bayaran sebelum 31 Ogos). Sila gunakan saluran berikut untuk membuat pembayaran.
1. Pembayaran Dalam Talian / Online
PBTPay
PBTPay adalah sebuah portal pembayaran sepusat rasmi bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dibangunkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Anda boleh menyemak bil cukai taksiran dan membuat pembayaran melalui kemudahan FPX yang disediakan. Jangan lupa kemaskini maklumat nombor telefon bimbit anda untuk menerima sebarang notifikasi cukai anda. Layari https://pbtpay.kpkt.gov.my
JomPay
Jompay online di Perbankan Internet dan telefon mudah alih dengan akaun semasa, simpanan dan kad kredit.
Biller Code : 67413
Ref 1 : T-040000120-00 (No. akaun cukai)
Ref 2 : No. Telefon Bimbit
2. Kaunter Bank
Pembayaran cukai taksiran diterima melalui kaunter bank-bank berikut di seluruh negara
Nota : Pastikan nombor akaun cukai taksiran dan nombor telefon bimbit anda dicatatkan pada resit pembayaran.
- Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
- Bank Simpanan Nasional (BSN)
3. Kaunter MDTampin
- Ibu Pejabat, Pejabat Majlis Daerah Tampin, 73000 Tampin, NSDK
- Kaunter Cawangan Gemas, Dataran Satria, 73400 Gemas, NSDK