MENU

SEJARAH TAMPIN

Tampin merupakan sebuah Daerah yang terletak di sempadan antara Negeri Sembilan dan Negeri Melaka (Daerah Alor Gajah). Majlis Daerah Tampin telah ditubuhkan pada 1 Julai 1980 , hasil daripada penyusunan semula melalui peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 . Dahulu dikenali sebagai Lembaga Bandaran Tampin. Luas kawasan ialah 50 batu persegi atau 12,949.94 hektar

 

KAWASAN PENTADBIRAN TAMPIN

 

Kawasan pentadbiran Majlis Daerah Tampin merangkumi kawasan: -

- Bandar Tampin
- Pekan Gemencheh
- Gemencheh Lama
- Gemencheh Baru
- Batang Melaka
- Air Kuning Selatan
- Gedok
- Gemas

Kawasan-kawasan pentadbiran ini terbahagi kepada tiga kategori:-

i. Kawasan operasi adalah 14.50 batu persegi atau 3,755.47 hektar.
ii. Kawasan operasi luar atau kawasan terkawal 23.25 batu persegi atau 6,021.73 hektar. 
iii. Sepanjang kawasan tepi jalan 12.25 batu persegi atau 3,172.74 hektar. 
iv. Kawasan ini merangkumi 14.75 peratus daripada keseluruhan Daerah Tampin

 

PETA TAMPIN