KENYATAAN TAWARAN
- Pembekal-Pembekal / Kontraktor-kontraktor yang mempunyai kerja semasa di Majlis Daerah Tampin dan mendapat kerja di Pejabat Daerah Tampin, Pejabat Daerah Kecil Gemas, Jabatan Kerja Raya Tampin Serta Jabatan Pengairan Dan Saliran Tampin TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.
- Pembekal-Pembekal / Kontraktor-kontraktor hendaklah membawa Perakuan Pendaftaran Syarikat (Sijil SSM) serta Sijil Pendaftaran di Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) yang ASAL
- Borang ini boleh diperolehi di Kaunter 7, Jabatan Pelesenan dan Kesihatan Awam pada waktu pejabat. Pembekal atau Syarikat-Syarikat dinasihatkan agar mengamalkan tatacara Penjarakan Sosial (Social Distancing) semasa berurusan di kaunter MDT. Sebarang pelanggaran arahan pihak tuan akan di ambil tindakan.
- Borang Sebutharga yang telah diisi dan dilengkapkan serta berlakri hendaklah diserahkan ke Kaunter 7 Bahagian Perlesenan dan Kesihatan, Majlis Daerah Tampin. Nombor Sebutharga dan Nama Syarikat hendaklah ditulis sebelah kiri bahagian atas muka depan sampul surat. Borang Sebutharga hendaklah dihantar tidak lewat pada jam dan tarikh yang telah ditetapkan seperti di bawah.
- Setiap kesilapan pada Borang Sebutharga hendaklah ditandatangan balas, tidak dibenarkan menggunakan pemadam cecair (liquid paper).
- Tempoh sah laku sebutharga
Sebutharga ini sah laku dalam tempoh 90 hari dari tarikh mengemukakan Sebutharga. Walaubagaimanapun Kerajaan berhak untuk melanjutkan tempoh sah laku Sebutharga berkenaan ke tempoh yang lebih sesuai apabila dikeluarkan.
- Pembekal-Pembekal / Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Kod Bidang, Sub Bidang dan Pecahan Sub Bidang (Bekalan dan Perkhidmatan) dan masih dibenarkan untuk membuat Pembekalan Sebutharga adalah dipelawa untuk menyertai Sebutharga di bawah :-
NO. SEBUTHARGA |
TAJUK PROJEK (PEMBIAYAAN)** |
TARAF / JENIS SYKT |
KOD BIDANG / SUB BIDANG / PECAHAN SUB BIDANG |
TEMPAT TAKLIMAT & DOKUMEN SEBUTHARGA |
TEMPAT / TARIKH & WAKTU SEBUTHARGA DITUTUP |
SH (MDT) 07/2023 - (L) |
Kerja-Kerja Pembekalan Peralatan Elektrikal dan Lampu Perayaan Bagi Majlis Daerah Tampin Tahun 2023 |
Bumiputera / Bukan Bumiputera Berdaftar di Kementerian Kewangan |
Kod Bidang : 14 / 02 (Peralatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Alat Kelengkapan Pejabat) Sub Bidang : 05 / 03 (Sistem, Komponen Elektrik, Elektronik, Lampu dan Aksesori / Kabel, wayar, Elektrik & Aksesori / Perkakas Elektrik) Pecahan Sub Bidang : 01 / 02 / 03 (Perkakas Elektrik dan Aksesori / Komponen dan Aksesori Elektrik Elektronik / Lampu, Komponen Lampu dan Aksesori / Wayar Elektrik & Aksesori) |
Jabatan Pelesenan dan Kesihatan Awam, Majlis Daerah Tampin, Negeri Sembilan D.K. 28.02.2023 hingga 07.03.2023 (Pengambilan Borang Sebutharga dibuka sehingga 6.03.2023 (ISNIN) sahaja Tempat pengambilan Borang : Jabatan Pelesenan dan Kesihatan Awam, Majlis Daerah Tampin |
Pejabat Majlis Daerah Tampin, 73000 Tampin, Negeri Sembilan Darul Khusus. Jabatan Pelesenan dan Kesihatan Awam 07.03.2023 SELASA Jam : 12.00 tengahari |