16 Mac 2023
Taklimat & pengundian Bazar Ramadan Tampin telah berlangsung di Kompleks Arena Dataran Tampin. Taklimat telah disampaikn oleh Puan Lina Syazwani binti Izhar berkenaan Program Redi dan Menu Rahmah daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Negeri Sembilan, Encik Muhammad Khairul Ali bin Ladising daripada Pejabat Kesihatan Tampin (PKD) berkenaan kebersihan pengendalian makanan. Puan Norliza binti Md Isa daripada Jab.Pelesenan dan Kesihatan MDTampin turut menyampaikan taklimat berkaitan syarat-syarat bagi menjalankan perniagaan. Seramai 127 peniaga terlibat di dalam sesi tersebut.