SESI TOWN HALL BORAK SANTAI BERSAMA RAKAN STRATEGIK GEMAS
“Gemas Kita: Potensi, Cabaran & Hala Tuju”
Gemas Golf Resort
27 Oktober 2026 (Selasa)
Majlis Daerah Tampin (MDT) dengan kerjasama Pejabat YB ADUN Gemas telah menganjurkan Sesi Town Hall Borak Santai Bersama Rakan Strategik Gemas yang menghimpunkan rakan strategik daripada pelbagai sektor bagi meneroka potensi, membincangkan cabaran serta merangka hala tuju pembangunan Gemas pada masa hadapan.
Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Puan Suriani binti Salihan, Yang Dipertua Majlis Daerah Tampin, diikuti ucapan oleh YB Tuan Haji Ridzuan bin Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemas.
Pengisian program diteruskan dengan sesi Perkongsian Aspirasi bertajuk “Gemas: Potensi, Kekuatan dan Hala Tuju Pembangunan Masa Hadapan” oleh Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid, Penganalisis Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad dan Sesi Perkongsian Strategik yang disampaikan oleh En. Mohd Faizal Bin Mohd Yasin, Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa, MDT diharap akan turut membuka ruang kepada para peserta untuk mengemukakan idea, cadangan kerjasama dan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR), khususnya dalam usaha menceriakan, memperindah dan meningkatkan imej bandar Gemas.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen MDT dalam memperkukuh hubungan strategik antara pihak berkuasa tempatan, sektor swasta dan komuniti. Sinergi serta sokongan semua pihak amat penting bagi merealisasikan pembangunan Gemas yang lebih terancang, menarik dan sejahtera.
GEMAS KITA, TANGGUNGJAWAB BERSAMA!
Bersama berganding bahu, menyatukan idea dan memperkukuh kerjasama demi masa depan Gemas yang lebih gemilang.


