19 Sep 2024
Kami dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran Puan Suriani binti Salihan sebagai Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Tampin yang baru, yang telah melapor diri pada 19.09.2024. Dengan pengalaman dan kepimpinan beliau, kami yakin Tampin akan terus maju dan makmur dalam pelbagai aspek pembangunan serta kebajikan masyarakat. Marilah kita semua memberi sokongan penuh kepada beliau dalam menjalankan tanggungjawab yang besar ini demi kesejahteraan dan kemajuan daerah kita tercinta. Selamat bertugas, Puan YDP!