Program RGSVX Members 1.0 telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan amat menggalakkan apabila berjaya menghimpunkan kira-kira 3,000 orang peserta dan pengunjung.
Program ini bukan sahaja menjadi platform pertemuan komuniti dan peminat, malah turut menghidupkan suasana Dataran Tampin melalui penglibatan pelbagai lapisan masyarakat serta aktiviti yang menarik.
Majlis Daerah Tampin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur, rakan strategik, peserta, pengunjung serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program ini.
Semoga penganjuran program seumpama ini dapat diteruskan sebagai salah satu usaha menghidupkan aktiviti komuniti, merancakkan ekonomi setempat dan mempromosikan Daerah Tampin sebagai destinasi pilihan bagi penganjuran pelbagai acara.
TAMPIN INDAH BERSIH SELAMATÂ


