Perhimpunan telah berlangsung pagi ini di Dewan Perdana Tampin dan telah di urusetiakan oleh Jabatan Penilaian & Bahagian Teknologi Maklumat MDT.
Puan Suriani binti Salihan, Yang Dipertua MDT telah menyampaikan amanat beliau kepada semua warga MDTampin. Selain itu, program pagi ini juga diselitkan dengan bacaan Ikrar Akta Rahsia Rasmi dan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diketuai oleh En. Zulhilmi bin Marzuki, Akauntan MDT merangkap Setiausaha MDT.
Majlis Daerah Tampin juga telah melaksanakan taklimat kepada warga MDTampin yang bertajuk Integriti Penjawat Awam bagi memantapkan lagi pentadbiran MDT. Taklimat ini telah disampaikan oleh Pengarah SPRM Negeri Sembilan, KPKPj Awgkok Ahmad Taufik Putra bin Awg Ismail
Majlis juga diselitkan dengan penyampaian Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa Majlis Bersama Jabatan (Wakil Pekerja) 2024, dan surat perlantikan kepada Jawatankuasa Majlis Bersama Jabatan (Wakil Pekerja) bagi tahun 2025