Perhimpunan Bulanan Kakitangan Majlis Daerah Tampin bagi bulan November 2026 telah berlangsung di perkarangan hadapan Pejabat Majlis Daerah Tampin diurusetiakan oleh Jabatan Pelesenan dan Kesihatan Awam.
Majlis turut diserikan dengan penyampaian hadiah kepada pasukan-pasukan yang telah menyertai Karnival Sukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung pada 24 Oktober 2026 dan Program Sukan Antara Jabatan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026 Peringkat Daerah Tampin 30 September 2026
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang serta penghargaan kepada seluruh warga kerja yang telah memberikan komitmen dan semangat kesukanan sepanjang kejohanan berlangsung.
Tahniah dan syabas kepada semua!


