04 Okt 2024
Pemantauan Bahasa dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yg dihadiri oleh Encik Mohamad Shafiq Rohaizad Buyong, Pen.Perancang Bahasa dan Encik Alex Leong Jun Wei, Munsyi Bahasa bertujuan untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayu yg betul di tempat-tempat awam. Beberapa lokasi meliputi kawasan perniagaan, perumahan, rekreasi dan laluan utama telah dilawati bagi tujuan pemantauan tersebut. MDT sedang giat menguatkuasakan Undang-undang Kecil Iklan (Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Sembilan) 1998 berkenaan pemasangan papan tanda perniagaan. Semoga kerjasama erat ini diteruskan dan dipertingkatkan.