Kerja-kerja pembersihan Arked Simpang Kg. Tiong Gemas
Operasi gotong royong bagi pembukaan Arked Simpang Kg Tiong di tingkat atas telah dilakukan.
Jenis perniagaan perkhidmatan amat dialu-alukan bagi sewaan ruang niaga Majlis Daerah Tampin di premis ini.
Harga sewaan yang sangat berpatutan. Tarikh tutup tawaran pada 18 Mac 2024.
Borang permohonan boleh didapati di kaunter Pejabat Majlis Daerah Tampin & Cawangan Gemas atau boleh muat turun Borang Sewa Gerai di pautan https://shorturl.at/elzOP . Anda juga boleh mengisi borang permohonan secara atas talian dipautan https://forms.gle/q4H1v3hPo3QWacnW7 dan membuat pembayaran ke JomPay.
Diingatkan kembali, menjadi tanggungjawab penyewa melakukan pantauan dan pembersihan secara berkala bagi memastikan kebersihan di premis sentiasa terjaga.
JABATAN PENILAIAN
JABATAN PERLESENAN DAN KESIHATAN
MAJLIS DAERAH TAMPIN
TAMPIN INDAH BERSIH SELAMAT