Majlis Daerah Tampin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Mohd Shafiq bin Mohd Zokri, Pembantu Penguat Kuasa Gred KP1 (COS) atas segala khidmat bakti, komitmen dan dedikasi sepanjang tempoh perkhidmatan beliau bermula pada 1 April 2008 hingga 31 Oktober 2026.
Sepanjang tempoh perkhidmatan, segala sumbangan, usaha dan tanggungjawab yang telah dilaksanakan merupakan sebahagian daripada khidmat bermakna di Majlis Daerah Tampin. Jasa dan bakti yang dicurahkan amat dihargai dan sentiasa dikenang oleh seluruh warga Majlis Daerah Tampin.
Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, semoga terus maju jaya serta dipermudahkan segala urusan dalam menempuh fasa kehidupan yang seterusnya


