Alhamdulillah,
Majlis Iftar Kelab Sukan Dan Kebajikan Kakitangan Majlis Daerah Tampin (KESUKMADT) 2026 telah berlangsung di Dewan Perdana Tampin penuh kemeriahan dengan kehadiran warga kerja Majlis Daerah Tampin dan turut hadir Ahli-ahli Majlis, MDT.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pengerusi KESUKMADT serta ucapan daripada Yang Dipertua Majlis Daerah Tampin, Puan Suriani binti Salihan.
Program diteruskan dengan penyampaian sumbangan raya kepada kakitangan MDT diikuti dengan rakama video takbir raya, majlis Khatam Al-Quran serta tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Ustaz Fadhli bin Abdullah.
Majlis kemudian diteruskan dengan berbuka puasa bersama-sama dan solat Maghrib, sekali gus menyemarakkan lagi suasana Ramadan serta mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga MDT.
Semoga program seperti ini dapat terus memperkukuh semangat kebersamaan dan kekeluargaan dalam kalangan warga Majlis Daerah Tampin.


