Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan buat Encik Raja A/L Krishnan, Pembantu Khidmat Am H1 atas segala khidmat bakti, komitmen, dedikasi dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan di Majlis Daerah Tampin.
Setiap jasa yang dicurahkan menjadi sebahagian daripada kenangan yang akan terus terpahat dalam ingatan seluruh warga kerja.
Selamat menempuh alam persaraan dan melangkah ke fasa kehidupan yang baharu. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta dilimpahkan kebahagiaan bersama keluarga tercinta. Selamat bersara Encik Raja A/L Krishnan


