Majlis Daerah Tampin (MDT) berbesar hati menerima Lawatan Kerja YB Tuan Siow Kong Choon, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Hal Ehwal Bukan Islam, Negeri Sembilan ke Majlis Daerah Tampin. Turut hadir sama ialah Puan Norfazrin Binti Mohamad Noh, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.
Lawatan ini dimulakan dengan sesi ucapan dan amanat YB Siow Kong Choon. Seterusnya diikuti dengan pembentangan profil jabatan, hala tuju MDT serta isu dan cabaran yang dihadapi oleh MDT oleh Puan YDP, di samping sesi lawatan ke beberapa lokasi tumpuan di daerah Tampin.
Antara pengisian lawatan termasuk:
Lawatan ke Taman Rekreasi Tampin:
Pelepasan anak benih ikan baung ke dalam kolam Taman Rekreasi Tampin oleh YB Siow Kong Choon; dan Penanaman pokok mangga kuinin (Mangifera Odorata)
Aktiviti ini adalah sebagai simbolik kepada lahirnya satu lembaran baharu dalam kepimpinan dan pembangunan kerajaan tempatan, berteraskan kelestarian, kesejahteraan rakyat dan persekitaran yang berkualiti.
Sebagaimana sebatang pokok yang bermula daripada benih kecil, namun tumbuh menjadi teduhan yang memberi manfaat kepada ramai, demikianlah diharapkan kepimpinan baharu ini akan berakar pada prinsip, tumbuh dengan visi dan memberi teduhan serta manfaat kepada seluruh masyarakat.
Lawatan kemudiannya diteruskan ke Tampin Water Park, di mana YB Siow Kong Choon telah menandatangani plaka Inisiatif Pemasangan Lampu Solar di Tampin Water Park sebagai simbolik menyokong Tampin Ke Arah Bandar Rendah Karbon.
Semoga lawatan kerja ini menjadi platform untuk memperkukuh kerjasama serta membuka ruang kepada perkongsian pandangan dan idea dalam usaha memperkasa pembangunan daerah Tampin yang lebih mampan, indah, bersih dan selamat.
“TAMPIN INDAH, BERSIH, SELAMAT”
STABIL • MAJU • MAKMUR


