26 Feb 2024
Majlis Daerah Tampin telah mengadakan lawatan ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur sempena Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2024.
Terdapat produk-produk kraftangan daripada seluruh negeri di Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak juga pelbagai aktiviti juga disediakan untuk pengunjung seperti mencanting batik, anyaman rotan dan pelbagai lagi .
MDT mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Muhammad Nor Izwan, Bahagian Komunikasi Korporat, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia kerana sudi bersama dalam memberikan taklimat mengenai HKK 2024 dan mengiringin delegasi MDT sepanjang lawatan ini.