20 Okt 2026
Majlis Daerah Tampin telah mengadakan latihan kebakaran dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Tampin sebagai langkah meningkatkan tahap kesiapsiagaan warga kerja dalam menghadapi situasi kecemasan.
Latihan ini bertujuan memberi pendedahan mengenai prosedur pengungsian bangunan, tindakan keselamatan ketika berlaku kebakaran serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan keselamatan di tempat kerja.
Terima kasih kepada pihak Balai Bomba dan Penyelamat Tampin atas kerjasama dan perkongsian ilmu yang diberikan.


