MENU

Seremban, 24 Julai 2021 – Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (Pengurusan), Dato’ Masri Razali, 49, dilantik sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS) yang baharu.

Menteri Besar, Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Masri dilantik bagi menggantikan Dato’ Zazali Salehudin yang bersara wajib pada hari ini.

Masri yang mempunyai Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam pada tahun 1997 sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam di bawah Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. Beliau seterusnya menjadi Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada tahun yang sama dan pernah berkhidmat di Kementerian Dalam Negeri, Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA).

 

Sumber : Korporat SUKNS