Alhamdulillah, selesai sesi latihan Sistem Task Management dan Sesi TOT Teknikal bersama Pn. Nurain Binti Suhaimi, Ketua Unit Pembangunan Sistem & Pangkalan Data Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dibantu Cik Nur Atiqah Binti Mohd Rostan.
Selama 2 hari berada di MDTampin banyak ilmu baharu diperoleh bagi meningkatkan kecekapan pengurusan kerja, kefahaman dan kemahiran dalam pengurusan tugasan secara lebih sistematik. Terima kasih diatas perkongsian yang amat bermanfaat ini. Semoga MUIP terus maju kehadapan & diberkati Allah S.W.T diatas inisiatif² yang dijalankan.


