MENU

Tukar sampah kepada wang ringgit. Kumpul barangan yang boleh di kitar semula seperti kertas, kotak, besi, aluminium, minyak masak terpakai dan lain-lain lagi seterusnya jual kepada kami. Jana pendapatan sampingan anda dengan memanfaatkan sampah yang boleh dikitar semula. Program ini lebih memberi tumpuan kepada penjagaan alam semulajadi untuk masa depan kita yang lebih sejahtera. Alam bersih rakyat sihat.

Jumpa kami di Perkarangan Dewan Bandaran Tampin pada 22 Februari 2023. Kaunter pembelian barangan kitar semula dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari.

Jom bersama-sama kita laksanakan kitar semula.