Berikutan Sekatan Pergerakan Penuh atau 'Total Lockdown' Fasa 1 yang diumumkan kerajaan bermula 1 hingga 14 Jun 2021, perkhidmatan kaunter MDTampin di Ibu Pejabat Tampin, Pejabat Cawangan Gemencheh dan Gemas ditutup sepanjang tempoh tersebut. Selain itu pembaharuan lesen penjaja juga ditangguhkan. Bagi urusan pembayaran Cukai Taksiran, Sewaan Gerai dan Kompaun sila gunakan kemudahan pembayaran dalam talian di www.pbtpay.kpkt.gov.my. Sebarang pertanyaan sila hubungi kami ditalian 06-4411601/609. Sila patuhi SOP sepanjang tempoh ini. Bersama kita turun statistik jangkitan Covid-19. Jangan keluar rumah jika tiada urusan penting.
Lebih Mudah Bayar 'Online' di www.pbtpay.kpkt.gov.my
#kitajagakita #lindungdirilindungsemua