MENU

Dimaklumkan bahawa talian telefon di Ibu Pejabat Majlis Daerah Tampin sedang mengalami gangguan buat sementara waktu berikutan kerja-kerja naik taraf rangkaian telekomunikasi yang sedang dilaksanakan oleh pihak penyedia perkhidmatan. Sehubungan dengan itu, bagi sebarang urusan rasmi atau pertanyaan, orang ramai adalah dipohon untuk:

Hadir terus ke Ibu Pejabat Majlis Daerah Tampin;
Mengemukakan pertanyaan melalui e-mel di mdt@mdtampin.gov.my; atau
Berhubung melalui Facebook Messenger Majlis Daerah Tampin.

Pihak Majlis Daerah Tampin memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi. Kerjasama, kesabaran dan pemahaman daripada semua pihak sepanjang tempoh gangguan ini amatlah dihargai.

Perkhidmatan talian telefon akan kembali beroperasi seperti biasa setelah kerja-kerja naik taraf selesai dilaksanakan.
Sekian, terima kasih.