MENU

Negeri Sembilan akan beralih ke Pelan Pemulihan Negara(PPN) Fasa 3 bermula 4 September 2021. Di bawah PPN Fasa 3 ini kawalan pergerakan rentas daerah dalam negeri yang sama dibenarkan termasuk kepada individu yang tidak lengkap vaksin. Selain itu kemudahan kepada penerima vaksinasi lengkap dibenarkan rentas Daerah dan Negeri bagi Pasangan Suami Isteri Jarak Jauh (PJJ), rentas Daerah dan Negeri bagi Ibu Bapa/ Penjaga yang Mempunyai Anak (Di Bawah 18 Tahun) Jarak Jauh (AJJ). Aktiviti pelancongan dan kebudayaan dalam negeri yang sama sahaja dibenarkan beroperasi dengan kapasiti pengunjung 50% ruang premis serta mematuhi SOP-SOP yang berkaitan. Sila rujuk maklumat lengkap berkaitan SOP PPN Fasa 3 yang disertakan. Patuhi SOP kerana pandemik belum berakhir.

#LindungDiriLindungSemua