MENU

Pasar Besar Tampin mula beroperasi seperti biasa. Kerja-kerja menaiktaraf bagi Fasa 1 meliputi bumbung dan pendawaian elektrik telah disiapkan oleh kontraktor dilantik. Sepanjang tempoh menaiktaraf para peniaga dipindahkan ke tapak sementara disebelah pasar ini. Kerja-kerja menaiktaraf Fasa 2 meliputi infrastruktur yang lain akan dilaksanakan pada tahun 2021 tertakluk kepada kelulusan KPKT. MDT sentiasa mengambil berat kemudahan-kemudahan disediakan tetapi tertakluk kepada peruntukan kewangan yang ada. Bersama kita membina kehidupan yang lebih baik. Sila patuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan ketika membeli. Gunakan pelitup muka, jaga jarak anda dan kerap mencuci tangan.  #KitaTeguhKitaMenang