MENU

Majlis Daerah Tampin (MDT) sedang giat menjalankan kutipan tunggakan cukai taksiran di seluruh kawasan operasi di Tampin, Gemencheh dan Gemas. Orang ramai yang mempunyai tunggakan cukai taksiran disaran agar segera membuat pembayaran melalui saluran-saluran disediakan seperti tertera dibawah. Kegagalan membuat bayaran didalam tempoh ditetapkan boleh diambil tindakan dibawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Sila hubungi MDT di talian 06-4411601 untuk sebarang pertanyaan.

1. Pembayaran Dalam Talian / Online

PBTPay

PBTPay adalah sebuah portal pembayaran sepusat rasmi bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dibangunkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Anda boleh menyemak bil cukai taksiran dan membuat pembayaran melalui kemudahan FPX yang disediakan. Jangan lupa kemaskini maklumat nombor telefon bimbit anda untuk menerima sebarang notifikasi cukai anda. Layari https://pbtpay.kpkt.gov.my

JomPay

Jompay online di Perbankan Internet dan telefon mudah alih dengan akaun semasa, simpanan dan kad kredit.

Biller Code : 67413
Ref 1 : T-040000120-00 (No. akaun cukai)
Ref 2 : No. Telefon Bimbit

 

2. Kaunter Bank

Pembayaran cukai taksiran diterima melalui kaunter bank-bank berikut di seluruh negara.
Nota : Pastikan nombor akaun cukai taksiran dan nombor telefon bimbit anda dicatatkan pada resit pembayaran.

  • Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
  • Bank Simpanan Nasional (BSN)

3. Kaunter MDTampin

  • Ibu Pejabat, Pejabat Majlis Daerah Tampin, 73000 Tampin, NSDK
  • Kaunter Cawangan Gemas, Dataran Satria, 73400 Gemas, NSDK