MENU

NOTIS SEBUTHARGA

 

Tawaran adalah dipelawa kepada Syarikat-Syarikat Tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia bertaraf Bumiputera atau bukan Bumiputera dalam kod bidang yang berkaitan dan masih sah tempohnya serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi bekalan dan perkhidmatan berikut:-

No. Sebutharga        :           SH(MDT)06/2019-S

Tajuk Sebutharga        :       SEBUTHARGA MEMBEKAL DAN MENGHANTAR PERKAKASAN ICT BAGI         KEGUNAAN DI PEJABAT MAJLIS DAERAH TAMPIN DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN

Syarat Pendaftaran             :           Kod Bidang: 210101

Tarikh Buka               :           16 Julai 2019 (Selasa)

Tarikh Tutup             :           26 Julai 2019 (Jumaat)

 

Dokumen Sebutharga hanya boleh didapati dengan datang sendiri ke Bahagian Teknologi Maklumat, Majlis Daerah Tampin dengan harga RM20.00. (Ringgit Malaysia :  Dua Puluh sahaja).

Dokumen Tawaran Sebutharga hendaklah di masukkan dalam satu sampul surat yang lebih besar dan catatkan Tajuk Sebutharga dan Nombor Sebutharga serta dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di alamat seperti berikut :-

           

PEJABAT MAJLIS DAERAH TAMPIN,

73000 TAMPIN,

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

 

Tarikh tutup 26 Julai 2019 (Jumaat) jam 12.00 tengah hari

 

Sebutharga yang lewat diterima dari tarikh dan masa ditetapkan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN. Majlis Daerah Tampin tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Sebarang pertanyaan berkenaan sebutharga boleh hubungi En. Mohd Firdaus bin Haron, di talian tel. 06-4414362.