MENU

Tawaran Sebutharga Membekalkan Dan Menghantar Perkakasan ICT Bagi Kegunaan Di Pejabat Majlis Daerah Tampin Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan. 

Tawaran adalah dipelawa kepada Syarikat-Syarikat Tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia bertaraf Bumiputera dalam kod bidang yang berkaitan dan masih sah tempohnya serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi perkhidmatan berikut:-

 

No. Sebutharga        :           SH(MDT)04/2018

Tajuk Sebutharga    :           SEBUTHARGA MEMBEKALKAN DAN MENGHANTAR PERKAKASAN ICT BAGI KEGUNAAN DI PEJABAT DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN

 

Syarat Pendaftaran   :           Kod Bidang:-

                                           210101,210102

 

Tarikh Buka              :           29 Oktober 2018 (Isnin)

 

Tarikh Tutup             :           05 November 2018 (Isnin)

 

Dokumen Sebutharga hanya boleh didapati dengan datang sendiri ke Bahagian Teknologi Maklumat, Majlis Daerah Tampin dengan harga RM30.00. (Ringgit Malaysia :  Tiga Puluh sahaja).

 

Dokumen Sokongan Tawaran Sebutharga (hardcopy) iaitu Cadangan Teknikal dan Cadangan Kewangan yang telah lengkap diisi perlu dimasukkan dalam dua (2) sampul surat yang berasingan dan kedua-dua sampul surat berkenaan hendaklah di masukkan dalam satu sampul surat yang lebih besar dan catatkan Tajuk Sebutharga dan Nombor Sebutharga serta dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di alamat seperti berikut:-

           

YANG DIPERTUA  

MAJLIS DAERAH TAMPIN

73000 TAMPIN

 

Tarikh tutup tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari pada 05 November 2018 (Isnin)

Sebutharga yang lewat diterima dari tarikh dan masa ditetapkan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN. Majlis Daerah Tampin tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Sebarang pertanyaan berkenaan sebutharga boleh hubungi En. Mohd Firdaus bin Harun, di talian tel. 06-4414362.