NOTIS MEMULAKAN KERJA-KERJA PENILAIAN SEMULA HARTA-HARTA BERKADAR DI DALAM KAWASAN MAJLIS DAERAH TAMPIN DI BAWAH SEKSYEN 137 AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976 (AKTA 171)
Dengan ini adalah dimaklumkan bahawa Pihak Berkuasa Negeri Sembilan Darul Khusus telah mengambil keputusan dibawah Seksyen 137 Akta Kerajaan Tempatan 1976 bahawa satu penilaian semula perlu dibuat untuk Majlis Daerah Tampin
Pihak Majlis Daerah Tampin telah melantik penilai berdaftar Tetuan ZIYAD PROPERTY CONSULTANTS (MELAKA) SDN BHD untuk melaksanakan tugas-tugas penilaian semula tersebut. Pegawai-pegawai dari firma berkenaan akan membuat lawatan pemeriksaan untuk kerja-kerja mengukur periksa ke atas harta-harta di dalam kawasan Majlis Daerah Tampin.
Kerja-kerja mengukur periksa ini akan bermula pada 1hb. Mei 2025. Semasa kerja-kerja ukur periksa dijalankan, pegawai-pegawai dari Tetuan ZIYAD PROPERTY CONSULTANTS (MELAKA) SDN BHD akan memakai tanda nama mereka. Tuan/puan diminta menyemak kad-kad kuasa sebelum memberi kebenaran masuk kepada pegawai-pegawai berkenaan.
Orang ramai adalah diminta memberi kerjasama kepada pasukan ini apabila mereka datang ke rumah tuan/puan dengan memberi maklumat yang diperlukan supaya penyataan yang betul dan tepat dapat dipastikan. Sukalah diingatkan bahawa mengikut peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976, Seksyen 140 (1) dan (2) (a), (b), (c) adalah menjadi satu kesalahan kepada mana-mana orang yang enggan memberi maklumat atau memberi maklumat palsu atau menghalang pegawai-pegawai ini dari membuat pemeriksaan dan mengukur harta benda yang hendak diperiksa.
Kerjasama dari pihak tuan/puan sangatlah dihargai.