MENU

Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 sehingga 31 Mac 2020 di seluruh negara. Perintah Kawalan ini dibuat di bawah Perintah Kawalan Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Sehubungan dengan itu perkhidmatan Majlis Daerah Tampin di Ibu Pejabat Tampin, Pejabat Cawangan Gemas dan Kaunter di Gemencheh tidak akan beroperasi sepanjang tempoh tersebut. Walaubagaimanapun bagi pembayaran cukai taksiran boleh dilaksanakan secara dalam talian atau 'online' melalui JomPay dan PBTPay. Pihak kami memohon maaf diatas kesulitan yang dihadapi.

Sila patuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan ini agar penularan Covid-19 dapat dibendung dengan segera. Prihatin dengan arahan yang dikeluarkan pihak berwajib dari semasa ke semasa.