Majlis Perlantikan Rakan Strategik Pelancongan Daerah Tampin (RSPDT) telah berlangsung sebentar tadi di A Famosa Golf Resort, Melaka. Perasmian majlis ini telah disempurkan oleh Puan Suriani Binti Salihan, Yang Dipertua MDTampin. Y.B. Puan Nicole Tan Lee Koon, EXCO Kerajaan Negeri Sembilan yang sepatutnya menyempurnakan majlis perasmian ini tidak dapat hadir diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Program ini adalah sebahagian daripada strategi yang dijalankan MDTampin bersama Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (LPNS), Tourism Malaysia dan pemain industri yang lain samaada di sektor kerajaan, swasta dan NGO.
Pendekatan ini dijangka berupaya memartabatkan semula sektor pelancongan di daerah ini yang berasaskan pelancongan agro yang mampu menarik pelancong dalam dan luar negara. Terima kasih diatas sokongan semua pihak termasuk Ahli Majlis MDTampin yang memberikan sokongan padu didalam perlaksanaan agenda ini.


