MENU
Majlis penyerahan surat tawaran kepada peniaga Kiosk Taman Muhibbah, Gemencheh berlangsung sebentar tadi. Penyerahan telah disempurnakan oleh YB Tuan Arul Kumar a/l Jambunathan, EXCO Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan kepada wakil peniaga kiosk disini. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YB Tuan Suhaimizan bin Bizar, ADUN Gemencheh. Seperti pepatah melayu berbunyi 'condong yang akan menungkat, rebah yang akan menegakkan'.

YB Tuan Arul Kumar bersama YB Tuan Suhaimizan turut berbesar hati menyantuni peniaga-peniaga Medan Selera Taman Muhibbah sambil meneliti permasalahan yang dihadapi oleh mereka.

Pentdbiran Majlis Daerah Tampin merancang untuk memperkemaskan lagi kemudahan agar peniaga dapat mengekalkan kebersihan dan seterusnya mengamalkan pengendalian makanan yang bersih dan selamat selaras dengan tagline 'Tampin Indah Bersih Selamat'.