MENU
Majlis Ekspresi Bulan Kebangsaan & Kibar Jalur Gemilang Daerah Tampin telah berlangsung dengan jayanya petang tadi di Kompleks Tampin Square, Tampin.
Majlis telah dirasmikan YB. Veerapan A/L Superamaniam, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan.
Turut sama YB Dato' Mohd Isam Bin Mohd Isa, Ahli Parlimen Tampin, Tuan Mohd Fadhil Bin Hassan ( Yang Dipertua merangkap Pegawai Daerah Tampin). ketua-ketua Jabatan peringkat Daerah Tampin, Ahli Majlis MDTampin, wakil-wakil penduduk dan orang perseorangan.
Majlis bermula dengan menaikkan Jalur Gemilang gergasi diiringi lagu Negaraku & Jalur Gemilang.
Edaran Jalur Gemilang kepada pengguna jalan raya turut diadakan bagi menyemarakan lagi semangat kemerdekaan.
Majlis disusuli dengan perarakan konvoi Kembara Merdeka melibatkan lebih 40 kenderaan pelbagai jenis yang telah memulakan perjalanan dari Seremban.
Semarakan Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Kebangsaan. Jom kibarkan Jalur Gemilang!