Majlis Daerah Tampin (MDT) berbesar hati menerima kunjungan daripada wakil Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) dalam satu sesi perbincangan berkaitan potensi pelaksanaan program-program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang boleh dilaksanakan secara bersama.
Majlis mengalu-alukan kerjasama strategik ini dan berharap agar jalinan kerjasama antara MDT dan F&N dapat menyumbang ke arah pembangunan serta pemajuan Daerah Tampin, khususnya dalam sektor pelancongan.
Diharapkan kerjasama ini akan memberikan impak yang positif dan berterusan kepada komuniti setempat serta pembangunan daerah secara keseluruhannya.


