Larian Obor Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 memasuki Negeri Sembilan hari ini. Larian bermula di Dataran Tampin Square di sini telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Tampin iaitu Datuk Seri Shaziman Bin Abu Mansor.

Beliau sebelum itu menerima obor tersebut daripada Ahli Parlimen Alor Gajah iaitu Datuk Koh Nai Kwong yang membawa obor tersebut dari Melaka.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Modal Insan, Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Datuk Zaifulbahri Bin Idris.

Larian obor selama tiga hari di negeri ini akan melalui semua daerah sebelum berakhir di Seremban pada 25 Mei untuk diserahkan kepada wakil Wilayah Persekutuan Labuan.

Larian obor bermula di Johor pada 14 Mei lalu dan dijangka berakhir di Kuala Lumpur pada 19 Ogos, menandakan bermulanya temasya Sukan SEA ke-29 di Kuala Lumpur. - Sumber Utusan Online