MENU

Semua ketibaan dari luar negara di pintu masuk Sarawak diwajibkan melalui tempoh kuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin yang ditetapkan kerajaan negeri, berkuat kuasa 1 September 2020.

Mereka yang terlibat juga perlu menjalani ujian saringan pada hari ke-2 dan hari ke-10.

Kos kuarantin bagi rakyat Sarawak akan ditanggung sepenuhnya kerajaan negeri manakala bagi bukan rakyat Sarawak, kos kuarantin adalah atas tanggungan sendiri.

Sumber : Bernama