MENU

Dewan Bandaran Tampin telah diadakan Pelancaran Kempen Sanitasi Dan Disinfeksi Premis Akses Awam Secara Kendiri Di Bawah Program Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) KPKT 2021 yang telah disempurnakan oleh Tuan Zahari bin Md Afandi, Yang Dipertua Majlis Daerah Tampin.

Sesi Taklimat Garis Panduan dan Kempen tersebut telah dihadiri lebih kurang 40 peserta yang terdiri daripada wakil Bank, Pasaraya, Premis Makanan, Stesyen Minyak, Agensi Kerajaan /Swasta, Operator Tandas Awam dan juga Kumpulan Sanitasi Majlis Daerah Tampin.

Dengan adanya kempen sebegini sedikit sebanyak dapat memberi panduan serta tindakan asas bagi mencegah penyakit berjangkit di tempat awam.