MENU

SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) akan menganjurkan Pertandingan Jelajah KITARecycle SWM Environment Peringkat Negeri Sembilan secara bersasar kepada organisasi kerajaan, swasta dan Persatuan Penduduk di Negeri Sembilan. Pertandingan ini akan berlangsung bermula pada 1 Jun 2023 sehingga 31 Disember 2023 dengan menawarkan hadiah sejumlah 66,000 RP (Recycling Point= RP) iaitu mata ganjaran tambahan kitar semula sebagai hadiah kepada pemenang dan boleh ditebus kepada wang tunai secara dalam talian menerusi aplikasi KITARecycle.
Objektif utama pertandingan ini diadakan ialah bertujuan untuk meningkatkan kadar penglibatan aktiviti kitar semula dan merancakkan lagi jumlah kutipan barangan kitar semula di Negeri Sembilan dengan menganjurkan pertandingan berimpak tinggi menerusi kerjasama erat daripada rakan-rakan strategik SWM Environment sebagai · role-model kepada orang ramai. Disamping itu, ianya juga adalah salah satu inisiatif menyokong hasrat kerajaan untuk mencapai 40% kadar kitar semula negara pada tahun 2025.

    Terdapat empat (4) kategori pertandingan iaitu:
a.    Pertandingan Pengumpulan Barang KITARecycle Kertas
b.    Pertandingan Pengumpulan Barang KITARecycle Plastik
c.    Pertandingan Pengumpulan Barang KITARecycle e-Waste
d.    Pertandingan Pengumpulan Barang KITARecycle Botol Kaca