MENU

Tawaran permohonan hanya terbuka kepada individu atau peniaga yang mempunyai sijil perniagaan yang berdaftar atau sedang menjalankan perniagaan penjualan produk tidak halal (Daging Khinzir) dengan lesen perniagaan yang masih belum tamat tempoh. Tawaran ini dibuka hanya untuk mengenal pasti permintaan bagi ruang niaga produk tidak halal sangat tinggi atau tidak. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Kepada yang berminat, tuan/puan boleh mendapatkan borang permohonan di kaunter Majlis Daerah Tampin bermula 01/11/2021 dan mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut :-
(a) Salinan SSM yang terkini;
(b) Salinan Lesen Perniagaan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Daerah Tampin.
Borang permohonan yang telah lengkap boleh dihantar sebelum atau pada 30/11/2021.