MENU

Majlis Daerah Tampin (MDT) telah menerima Anugerah Bandar Mampan dengan skor 94.89% sempena Sambutan Hari Perancang Bandar Sedunia (HPBS) Peringkat Negeri Sembilan 2025 yang berlangsung di Lorong Dato' Maharaja (Stesen Bas Bahau).

Anugerah ini telah disampaikan oleh YB Tuan Arul Kumar a/l Jambunathan, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan.

Tahniah diucapkan kepada seluruh kakitangan MDT yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, khususnya Jabatan Perancang Bandar dan Landskap.

Sekalung tahniah dan penghargaan juga turut diberikan kepada agensi-agensi teknikal di peringkat daerah dan negeri yang telah memberikan kerjasama erat dalam pembekalan data bagi bandar mampan ini.