NOTIS SEBUTHARGA
Tawaran adalah dipelawa kepada Syarikat-Syarikat Tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia bertaraf Bumiputera atau bukan Bumiputera dalam kod bidang yang berkaitan dan masih sah tempohnya serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi bekalan dan perkhidmatan berikut:-
No. Sebutharga : SH(MDT)06/2019-S
Tajuk Sebutharga : SEBUTHARGA MEMBEKAL DAN MENGHANTAR PERKAKASAN ICT BAGI KEGUNAAN DI PEJABAT MAJLIS DAERAH TAMPIN DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN
Syarat Pendaftaran : Kod Bidang: 210101
Tarikh Buka : 14 Oktober 2019 (Isnin)
Tarikh Tutup : 31 Oktober 2019 (Khamis)
Dokumen Sebutharga hanya boleh didapati dengan datang sendiri ke Bahagian Teknologi Maklumat, Majlis Daerah Tampin.
Dokumen Tawaran Sebutharga hendaklah di masukkan dalam satu sampul surat yang lebih besar dan catatkan Tajuk Sebutharga dan Nombor Sebutharga serta dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di alamat seperti berikut :-
BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
PEJABAT MAJLIS DAERAH TAMPIN,
73000 TAMPIN,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Tarikh tutup 31 Oktober 2019 (Khamis) jam 12.00 tengah hari
Sebutharga yang lewat diterima dari tarikh dan masa ditetapkan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN. Majlis Daerah Tampin tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Sebarang pertanyaan berkenaan sebutharga boleh hubungi En. Mohd Firdaus bin Haron, di talian tel. 06-4414362.