MENU
siti_noraidah
       
Nama
:
Siti Noraidah Binti Idris
Jawatan
:
Setiausaha
Email
:
No. Telefon Pejabat
:
06-4411601
     
 
Peranan CDO :
1.

Meneraju inisiatif pendigitalan dalam menyediakan penyampaian perkhidmatan yang memenuhi keperluan dan pengalaman rakyat, selamat, efisien, cerdas dan dipercayai.

  • Memacu hala tuju pendigitalan berdasarkan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) di jabatan melalui budaya berpacukan data, berpaksikan rakyat dan reka bentuk perkhidmatan berteraskan keselamatan.
  • Mentransformasi penyampaian perkhidmatan digital jabatan berfokuskan pengalaman pelanggan (customer experience) yang berteraskan pendekatan keseluruhan kerajaan (Whole-of- Government) melalui inovasi melibatkan perkongsian data, data terbuka dan teknologi memuncul.
  • Merancang dan menyelaras pelan tindakan keselamatan siber bagi memastikan data dan infrastruktur ICT agensi sentiasa dilindungi dari ancaman dalam dan luar.
  • Merancang dan menilai keperluan perkhidmatan digital, reka bentuk perkhidmatan dan bajet pembangunan serta bajet mengurus yang diperlukan.
2.
Meneraju perubahan pendigitalan melalui penggunaan data dan teknologi selaras dengan dasar/pelan semasa kerajaan.
  • Merancang dan memastikan pelaksanaan perubahan pendigitalan adalah selaras dengan dasar/pelan semasa Kerajaan yang dijajarkan kepada PSP jabatan.
  • Mewujudkan persekitaran dan pembudayaan digital di jabatan bagi meningkatkan literasi digital dan pemahaman tentang penggunaan teknologi ke arah memperkasa penyampaian perkhidmatan kerajaan digital.
3.
Menganggotai dan melaporkan pelaksanaan pendigitalan kepada tadbir urus yang berkaitan.
  • Menganggotai jawatankuasa dengan melaksana peranan berdasarkan terma rujukan jawatankuasa berkaitan mengikut pekeliling yang berkuat kuasa.
  • Melaporkan pelaksanaan dan status kemajuan transformasi pendigitalan kepada tadbir urus pendigitalan yang berkaitan seperti Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) jabatan dan Mesyuarat Kerajaan Digital.