Dimaklumkan bahawa Kaunter Hasil Majlis Daerah Tampin Cawangan Gemenceh akan ditutup sementara bermula 19 Mei 2026 hingga 23 Jun 2026 bagi tujuan kerja-kerja membaik pulih Gerai Arked Gemenceh dan Kaunter Gemenceh.
Segala urusan pembayaran seperti cukai taksiran, sewaan, kompaun dan bil pelbagai boleh dibuat secara atas talian melalui aplikasi N9 Pay dan PBTPay.


