Program Gotong-Royong Cegah Wabak Denggi telah dilaksanakan di Taman Indah, Tampin susulan lokaliti tersebut merekodkan empat (4) kes denggi.
Program ini dikendalikan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Tampin dengan kerjasama Majlis Daerah Tampin (MDT) dan dihadiri oleh ahli- ahli majlis, agensi swasta, penglibatan komuniti penduduk Taman Indah dan Pasukan COMBI dalam usaha memperkukuh tindakan pencegahan pembiakan nyamuk Aedes.
Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Veerapan a/l Superamaniam, ADUN Kawasan Repah dan diiringi oleh Tuan Mohd Fadhil bin Hassan, Pegawai Daerah Tampin; Puan Suriani binti Salihan, Yang Dipertua Majlis Daerah Tampin; Dr. Abdul Mueez bin Ahmad Shahbuddin, Pegawai Kesihatan Daerah Tampin dan Encik Shamsul bin Yahya, Pengerusi COMBI Daerah Tampin.
Kerjasama dan komitmen semua pihak amat penting dalam memastikan persekitaran sentiasa bersih, selamat dan bebas daripada pembiakan nyamuk Aedes.
“Tiada Aedes, Tiada Denggi.”


