MENU

Selama 2 hari berkampung di Kem Permata Resort, Alor Gajah, Melaka maka hari ini tamatlah program "Team Building" melibatkan semua kakitangan MDTampin.

Terima kasih diucapkan kepada barisan fasilitator yang bertugas kerana menjalankan tugas dengan baik sehingga semua aktiviti dirancang berjalan lancar dan menyeronokkan.

Aktiviti "jungle tracking" sahaja terpaksa dibatalkan berikutan cuaca tidak mengizinkan. Walaubagaimanapun aktiviti yang diganti tidak kurang hebatnya sehingga seluruh dewan bergegar dibuatnya.

Semoga semua kakitangan mendapat manfaat daripada program ini yang secara langsung pasti mengeratkan lagi hubungan kerjasama diantara satu sama lain.

Yang ringan sama dijinjing

Yang berat sama dipikul

Komitmen bersama asas kejayaan