Perhimpunan Bulanan kali ke-11 bertempat di Dewan Perdana Tampin. Penyampaian anugerah kemenangan bagi pertandingan Konvensyen Kumpulan Inovasi & Kreatif (KIK) dan Anugerah Inovasi Negeri Sembilan (AINS) 2025 bagi pasukan Majlis Daerah Tampin, penyampaian Explorace Perkhidmatan Awam Sempena Minggu Inovasi Negeri Sembilan, serta Perasmian Penjawat Awam Sihat Sejahtera (PASS) daripada Pejabat Kesihatan Daerah Tampin dan perkongsian informasi daripada Etiqa Takaful.
Kumpulan yang terlibat dapat memberikan penciptaan baharu inovasi dan kreativiti dalam sektor awam, memperkasakan pekerja untuk mengemukakan idea-idea kreatif bagi meningkatkan kualiti kerja dan perkhidmatan, serta memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan lebih efektif.
Kumpulan MindSpark (KIK) nama projek Thor Gang : Kerangka Gegantung memenangi Naib Johan kategori Penyampaian Perkhidmatan. Membawa pulang RM3,000 beserta trofi.
Kumpulan Echo-X (KIK) nama projek Sky Shield memenangi kategori Projek Berpotensi. Membawa pulang RM700
Kumpulan Catchers (AINS) nama projek Zoom Pit memenangi Naib Johan kategori Penyampaian Perkhidmatan. Membawa pulang RM3,000 beserta trofi.
Kumpulan Kanak-kanak Riang (AINS) nama projek Permainan Bermotifkan Tempatan (PBT) memenangi kategori Inovasi Komuniti. Membawa pulang RM700
Tahniah diucapakan kepada kumpulan Majlis Daerah Tampin.


