Puan Suriani binti Salihan, Yang Dipertua, Majlis Daerah Tampin turun padang hari ini ke Pasar Malam Gemencheh bagi meninjau peniaga di Pasar Malam tersebut bagi pelaksanaan penggunaan beg plastik Biodegradasi yang telah mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 2025.
Disamping memberi penerangan dan edaran risalah kepada peniaga-peniaga, MDT juga turut membuat jualan beg plastik Biodegradasi ini kepada peniaga dengan harga istimewa sebagai pengenalan.
Beg plastik Biodegradasi merupakan produk yang diperbuat daripada bahan yang mudah terurai demi memelihara alam sekitar.
Peniaga juga boleh membuat pembelian beg plastik ini di Pejabat Majlis Daerah Tampin.